mcmc
Laporan Aktiviti

SEPT – NADI X WELLBEING : WEBINAR NARSIS DI PEJABAT: MANIPULASI GASLIGHTING & BURNOUT – 12 SEPTEMBER 2025

TARIKH12 SEPTMEBER 2025
MASA3.90 ptg
LOKASINADI PASIR AKAR
PESERTA1
Tujuan :
Program NADI X Wellbeing adalah TERBUKA kepada semua individu yang ingin meningkatkan kualiti hidup mereka. Dengan menjadi ahli NADI Pasir Akar, anda akan mendapat akses kepada pelbagai program kesihatan yang disediakan serta sokongan komuniti yang sedia membantu. Antara program yang disediakan adalah saringan kesihatan seperti pemerikasaan tekanan darah, pemerikasaan kadar glukos dan BMI dan juga webinar kesedaran,Podcast,Exercise dan Short Tips.
Aktiviti :
Antara langkah untuk meningkatkan kesedaran komuniti dalam meningkatkan kualiti hidup adalah dengan mengadakan webinar kesedaran, Podcast,Exercise dan Short Tips. Webinar ini boleh diakses melalui platform Media Sosial rasmi youtube studio sihat https://www.youtube.com/@StudioSihat . Webinar kali ini bertajuk NARSIS DI PEJABAT: MANIPULASI GASLIGHTING & BURNOUT. Fenomena individu narsis di tempat kerja boleh mencetuskan suasana yang toksik. Mereka cenderung menggunakan manipulasi dan teknik gaslighting, iaitu membuat orang lain meragui diri sendiri, demi mengekalkan kuasa atau pengaruh. Taktik sebegini bukan sahaja melemahkan keyakinan rakan sekerja, malah menjejaskan produktiviti organisasi. Jika dibiarkan berlarutan, ia boleh membawa kepada keletihan emosi, stres kronik, dan akhirnya burnout dalam kalangan pekerja. Menyedari tanda-tanda awal, membina sempadan sihat, serta mewujudkan budaya kerja yang menyokong kesejahteraan mental adalah langkah penting untuk mengatasi kesan negatif narsisisme di pejabat.

Gambar Disini