KEUSAHAWANAN
1. ‘ATIAH BINTI HAMDAN
Menjalankan perniagaan Kek dan Manisan
Nama | : ‘Atiah binti Hamdan |
Umur | : 27 tahun |
Ahli | : JUN 2018 |
No Tel | : 011 40234756 |
:https://www.facebook.com/cweetpink91 |
Latar belakang
Atiah binti Hamdan merupakan salah seorang pengunjung yang berdaftar sebagai ahli Pusat Internet Kg Pasir Akar pada 1 Jun 2017. Beliau kini mengorak langkah dengan memulakan perniagaan secara online dan offline. Selain menggunakan medium sosial untuk mempromosikan produk beliau,beliau juga menggunakan platform yang disediakan oleh Pusat Internet .’Atiah binti Hamdan telah berniaga secara online sejak dulu lagi bagi menambah pendapatan keluarga tetapi hanya secara kecil-kecilan dengan medium laman sosial Facebook dan Whatsapp sebagai tempat beliau berniaga. Beliau juga berniaga secara offline melalui sahabat,kenalan,saudara dan jiran tetangga
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau adalah sekitar RM200-RM400 sebulan. Jumlah pelanggan beliau adalah penduduk sekitar.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui taklimat keusahawanan dan latihan yang disertai beliau di Pusat Internet Kg Pasir Akar. Beliau kini mula berniaga secara talian dan ini dapat mempromosi prosuk beliau di luar kawasan sekitar. Pendapatan beliau kini mencecah RM600-RM800 sebulan.