mcmc
Laporan Aktiviti

DISEMBER – NADI X CYBERSECURITY : WEBINAR RISIKO KAMERA TERSEMBUNYI APA YANG ANDA PERLU TAHU – 4 DISEMBER 2025

TARIKH4 DISEMBER 2025
MASA3.00 ptg- 4.30 ptg
LOKASINADI PASIR AKAR & RUMAH PESERTA
PESERTA1
Tujuan :
Memberi pengenalan dan pendedahan kepada peserta tentang NADI dan menggalakkan mereka menyertai program secara percuma setela mendaftar sebagai ahli NADI. Selain itu, bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai ict dan penggunaan internet yang bijak dan berhemah. Juga, untuk memastikah peserta tahu bagaimana untuk menghalang atau berhati-hati dengan penipuan dalam menggunakan internet.
Aktiviti :
Peserta yang terlibat hadir ke NADI untuk menyertai webinar secara atas talian dengan menggunakan google meet. Tajuk webinar pada hari tersebut adalah WEBINAR RISIKO KAMERA TERSEMBUNYI APA YANG ANDA PERLU TAHU . Kamera tersembunyi membawa risiko serius kerana boleh menceroboh privasi, merakam tanpa izin dan menyebarkan rakaman untuk tujuan ugutan atau eksploitasi. Ia juga boleh digunakan penjenayah untuk memantau pergerakan mangsa serta membuka peluang kepada serangan siber jika kamera disambungkan ke rangkaian. Tanda-tanda kewujudannya termasuk titik cahaya kecil, objek yang kelihatan ganjil atau mempunyai lubang mencurigakan, manakala ia boleh dikesan melalui pemeriksaan visual, aplikasi pengesan RF atau memeriksa objek di sekeliling. Di Malaysia, perbuatan ini adalah kesalahan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia.


Gambar Disini