mcmc
Laporan Aktiviti

JANUARI- NADI X WELLBEING (Webinar) :Makan Banyak Ke Sikit Jom belajar cara kira makanan untuk turun berat – 3 FEBRUARI 2026

TARIKH3 JANUARI 2026
MASA4.30 Pm
LOKASINADI PASIR AKAR
PESERTA3 Orang
Tujuan :
Program NADI X Wellbeing adalah TERBUKA kepada semua individu yang ingin meningkatkan kualiti hidup mereka. Dengan menjadi ahli NADI Pasir Akar, anda akan mendapat akses kepada pelbagai program kesihatan yang disediakan serta sokongan komuniti yang sedia membantu. Antara program yang disediakan adalah saringan kesihatan seperti pemerikasaan tekanan darah, pemerikasaan kadar glukos dan BMI dan juga webinar kesedaran,Podcast,Exercise dan Short Tips.
Aktiviti :
Antara langkah untuk meningkatkan kesedaran komuniti dalam meningkatkan kualiti hidup adalah dengan mengadakan webinar kesedaran, Podcast,Exercise dan Short Tips. semua ini boleh diakses melalui platform Media Sosial rasmi youtube studio sihat https://www.youtube.com/@StudioSihat . Webinar kali ini bertajuk Makan Banyak Ke Sikit Jom belajar cara kira makanan untuk turun berat . Untuk turun berat, yang penting bukan makan banyak atau sikit semata-mata tetapi mengawal kalori dan saiz hidangan, iaitu pastikan kalori yang diambil lebih rendah daripada yang digunakan oleh badan. Cara mudah ialah guna kaedah tangan atau pinggan sihat: separuh pinggan sayur, suku protein dan suku karbo, serta elakkan makanan bergoreng dan minuman manis. Anggaran ringkas sasaran kalori untuk turun berat ialah berat badan (kg) × 25, contohnya 60kg ≈ 1500 kcal sehari. Dengan makan secara konsisten dan seimbang, berat badan boleh turun tanpa perlu berlapar atau mengabaikan kesihatan.

Gambar Disini