
| TARIKH | 21 FEBRUARI 2026 |
| MASA | 4.00 Pm – 4.30 PM |
| LOKASI | NADI PASIR AKAR |
| PESERTA | 4 Orang |
| Tujuan : Program NADI X Wellbeing adalah TERBUKA kepada semua individu yang ingin meningkatkan kualiti hidup mereka. Dengan menjadi ahli NADI Pasir Akar, anda akan mendapat akses kepada pelbagai program kesihatan yang disediakan serta sokongan komuniti yang sedia membantu. Antara program yang disediakan adalah saringan kesihatan seperti pemerikasaan tekanan darah, pemerikasaan kadar glukos dan BMI dan juga webinar kesedaran,Podcast,Exercise dan Short Tips. | |
| Aktiviti : Antara langkah untuk meningkatkan kesedaran komuniti dalam meningkatkan kualiti hidup adalah dengan mengadakan webinar kesedaran, Podcast,Exercise dan Short Tips. semua ini boleh diakses melalui platform Media Sosial rasmi youtube studio sihat https://www.youtube.com/@StudioSihat . Exercise kali ini bertajuk SIHAT RAMADAN: PUASA TAPI GAGAH | E078 . Ramadan bukan alasan untuk menjadi lesu dan tidak bermaya. Dengan pengurusan pemakanan, rehat dan aktiviti fizikal yang betul, kita boleh kekal cergas walaupun berpuasa. Amalkan sahur yang seimbang dengan karbohidrat kompleks, protein dan air yang mencukupi untuk tenaga berpanjangan. Ketika berbuka, mulakan dengan kurma dan air, kemudian ambil makanan secara sederhana serta elakkan pembaziran dan makanan terlalu berminyak. Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki selepas berbuka atau sebelum sahur bagi mengekalkan kecergasan. Puasa yang sihat bukan sahaja memberi manfaat fizikal, malah menguatkan disiplin diri dan kesihatan rohani sepanjang Ramadan. Gambar Disini |