
| TARIKH | 12 MAC 2026 |
| MASA | 2.00 PM -3.30 PM |
| LOKASI | NADI PASIR AKAR |
| PESERTA | 5 |
| Tujuan : Memberi pengenalan dan pendedahan kepada peserta tentang NADI dan menggalakkan mereka menyertai program secara percuma setelah mendaftar sebagai ahli NADI. Selain itu, bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai ict dan penggunaan internet yang bijak dan berhemah. Juga, untuk memastikah peserta tahu bagaimana untuk menghalang atau berhati-hati dengan penipuan dalam menggunakan internet. | |
| Aktiviti : Peserta yang terlibat hadir ke NADI untuk menonton webinar tentang keselamatan siber bertajuk “LIVE WEBINAR CARA GUNAKAN WIFI AWAM DENGAN SELAMAT“. Penggunaan WiFi awam perlu dilakukan dengan berhati-hati untuk melindungi data peribadi daripada ancaman siber. Elakkan mengakses maklumat sensitif seperti akaun bank, gunakan VPN untuk menyulitkan data, dan pastikan hanya melayari laman web yang mempunyai keselamatan HTTPS. Selain itu, matikan sambungan automatik WiFi, sentiasa kemas kini perisian peranti, dan elakkan perkongsian fail. Jika boleh, gunakan hotspot sendiri sebagai alternatif yang lebih selamat dan pastikan anda log keluar daripada akaun selepas selesai menggunakan rangkaian awam. Gambar Disini |