KEUSAHAWANAN
1. HAFIZA BINTI ISMAIL
Usahawan online (Kedai Makan Pagi)
Nama | : Hafiza binti Ismail |
Umur | : 30 tahun |
Ahli | : 2019 |
No Tel | : 018-9744429 |
: https://www.facebook.com/hafiza.ismail.374 |
Latar belakang
Hafiza binti Ismail merupakan pengunjung yang berdaftar sebagai ahli Pusat Internet Pasir Akar pada tahun 2019 selepas menyertai program yang dianjurkan bersama dengan Pusat Internet Pasir Akar. Beliau kini mengorak langkah dengan memulakan perniagaan secara online dan offline. Beliau membuka gerai makan bersebelahan dengan Coopmart Koperasi Pasir Akar.Selain menggunakan medium sosial untuk mempromosikan perniagaan beliau,beliau juga menggunakan platform yang disediakan oleh Pusat Internet iaitu dengan memasukkan barangan beliau ke dalam My Shop dan melalui media social seperti Facebook dan Whatsapp. Hafiza binti Ismail baru berjinak-jinak dalam perniagaan online kerana sebelum ini beliau berniaga secara offline. Menurut beliau dengan online beliau boleh mempromosi barangan beliau secara percuma dan lebih mudah. Beliau mengambil langkah unruk memulakan perniagaan ini menggunakan platform dashboard (My Shop), Facebook dan Whatsapp sebagai tempat beliau berniaga. Beliau juga berniaga secara offline melalui sahabat,kenalan,saudara dan jiran tetangga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau adalah sekitar RM100-RM300 sebulan. Jumlah pelanggan beliau adalah penduduk sekitar
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Hafiza binti Ismail sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet Pasir Akar iaitu perkhidmatan Internet,Fotostat,Mencetak dan sebagainya. Beliau kini mula berniaga secara talian dan ini dapat mempromosi produk beliau di luar kawasan sekitar. Pendapatan beliau kini mencecah RM600-RM1000 sebulan