KEUSAHAWANAN
1. ROSALIZASURIANI BINTI ISMAIL
Usahawan online (Bongkah Cendawan Tiram Kelabu)
Nama | : Rosalizasuriani binti Ismail |
Umur | : 22 tahun |
Ahli | : 2013 |
No Tel | : 011-16804507 |
: https://www.facebook.com/rose.suriani |
Latar belakang
Cik Rosalizasuriani binti Ismail merupakan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perlancongan Dengan Kepujian. Mula berjinak-jinak berniaga di university kerana mengambil subjek keusahawanan. Akibat pendemik Covid-19 dan menyebabkan beliau terpaksa mengikuti kelas secara maya dan mempunyai lebih banyak masa berada dirumah. Beliau membantu ibunya menyediakan bongkah cendawan tiram yang telah ditempah oleh orang perorangan secara offline kerana ibunya tidak pandai untuk mengiklankan perniagaanya secara dalam talian. Kini pelanggannya tidak tertumpu dalam kawasan sekitar tetapi di luar negeri yang lain. Kini penghasilan bongkah Cendawan Tiram Kelabu tidak bermusim kerana permintaannya yang tinggi di kawasan sekitar untuk di eksport ke luar daripada Terengganu.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau adalah sekitar RM100-RM300 sebulan. Jumlah pelanggan beliau adalah penduduk sekitar.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Cik Rosalizasuriani juga sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet Pasir Akar iaitu perkhidmatan Internet,Fotostat,Mencetak dan sebagainya. Beliau kini mula berniaga secara talian dan ini dapat mempromosi produk beliau di luar kawasan sekitar. Pendapatan beliau kini mencecah RM600-RM1000 sebulan