mcmc
Laporan Aktiviti

JANUARI-NADI X ESPORT : Modul 1 – Pengenalan E-Sukan ( Daripada Hobi Kepada Program Kompetitif Berstruktur)-9 JANUARI 2026

TARIKH9 JANUARI 2026
MASA2.30 PM-3.00 PM
LOKASINADI PASIR AKAR
PESERTA1 Orang
Tujuan :
NADI X e-SPORT adalah satu daripada program 5 pillar. Salah satu modul yang ada dalam pillar ini ialah kelas kesedaran yang dikhususkan kepada ahli NADI.
Aktiviti :
Peserta terdiri daripada ahli NADI yang berminat untuk menambah ilmu tentang esport. Webinar ini menerangkan Pengenalan E-Sukan ( Daripada Hobi Kepada Program Kompetitif Berstruktur). E-Sukan bermula sebagai hobi bermain permainan video secara santai, namun kini berkembang menjadi program kompetitif yang berstruktur dan diiktiraf di peringkat nasional serta antarabangsa. Perkembangan teknologi, capaian internet yang lebih baik dan minat generasi muda telah mengubah permainan digital kepada platform pertandingan profesional yang mempunyai liga, jurulatih, pasukan, tajaan dan ganjaran lumayan. E-Sukan bukan sekadar hiburan, tetapi turut membentuk disiplin, kemahiran strategi, kerja berpasukan dan pemikiran kritis, sekali gus membuka peluang kerjaya dalam bidang pengurusan acara, penstriman, pembangunan permainan dan keusahawanan digital.

Gambar Disini