mcmc
Laporan Aktiviti

JANUARI-NADI X WELLBEING (Webinar) : Bila Test Kit Dua Garis – Kehamilan Remaja Dari Sudut Pakar O&G | W112 – 2 JANUARI 2026

TARIKH2 JANUARI 2026
MASA10.00 Am-11.05 Qm
LOKASINADI PASIR AKAR
PESERTA1 Orang
Tujuan :
Program NADI X Wellbeing adalah TERBUKA kepada semua individu yang ingin meningkatkan kualiti hidup mereka. Dengan menjadi ahli NADI Pasir Akar, anda akan mendapat akses kepada pelbagai program kesihatan yang disediakan serta sokongan komuniti yang sedia membantu. Antara program yang disediakan adalah saringan kesihatan seperti pemerikasaan tekanan darah, pemerikasaan kadar glukos dan BMI dan juga webinar kesedaran,Podcast,Exercise dan Short Tips.
Aktiviti :
Antara langkah untuk meningkatkan kesedaran komuniti dalam meningkatkan kualiti hidup adalah dengan mengadakan webinar kesedaran, Podcast,Exercise dan Short Tips. semua ini boleh diakses melalui platform Media Sosial rasmi youtube studio sihat https://www.youtube.com/@StudioSihat . Webinar kali ini bertajuk “Bila Test Kit Dua Garis – Kehamilan Remaja Dari Sudut Pakar O&G | W112” . Apabila test kit menunjukkan dua garis, ia menandakan kemungkinan besar berlaku kehamilan dan bagi remaja situasi ini boleh menimbulkan rasa takut, keliru serta bimbang tentang masa depan. Dari sudut pakar O&G, langkah paling penting ialah mendapatkan pengesahan di klinik, melakukan pemeriksaan awal, dan menerima kaunseling yang betul supaya kesihatan ibu muda dan bayi terjaga. Kehamilan pada usia remaja mempunyai risiko seperti anemia, tekanan emosi, dan kelahiran pramatang, namun dengan sokongan keluarga, pemantauan doktor, pemakanan seimbang serta penjagaan antenatal yang konsisten, banyak komplikasi boleh dicegah. Remaja tidak seharusnya memendam sendiri, sebaliknya perlu mendapatkan bantuan orang dewasa yang dipercayai dan perkhidmatan kesihatan untuk membuat keputusan yang selamat dan bertanggungjawab.

Gambar Disini