
| TARIKH | 20 JANUARI 2026 |
| MASA | 10.30 Am |
| LOKASI | NADI PASIR AKAR |
| PESERTA | 1 Orang |
| Tujuan : Program NADI X Wellbeing adalah TERBUKA kepada semua individu yang ingin meningkatkan kualiti hidup mereka. Dengan menjadi ahli NADI Pasir Akar, anda akan mendapat akses kepada pelbagai program kesihatan yang disediakan serta sokongan komuniti yang sedia membantu. Antara program yang disediakan adalah saringan kesihatan seperti pemerikasaan tekanan darah, pemerikasaan kadar glukos dan BMI dan juga webinar kesedaran,Podcast,Exercise dan Short Tips. | |
| Aktiviti : Antara langkah untuk meningkatkan kesedaran komuniti dalam meningkatkan kualiti hidup adalah dengan mengadakan webinar kesedaran, Podcast,Exercise dan Short Tips. semua ini boleh diakses melalui platform Media Sosial rasmi youtube studio sihat https://www.youtube.com/@StudioSihat . Webinar kali ini bertajuk KANSER SERVIKS: KENAPA WANITA MALAYSIA MASIH TAK BUAT SARINGAN? . ia merujuk kepada isu kesihatan awam yang serius di mana masih ramai wanita tidak menjalani saringan walaupun kanser serviks sebenarnya boleh dicegah dan dikesan awal. Tajuk ini menekankan persoalan tentang faktor-faktor yang menyumbang kepada keadaan tersebut seperti kurang kesedaran tentang kepentingan saringan, rasa malu atau takut untuk menjalani pemeriksaan, salah faham bahawa saringan hanya perlu apabila ada simptom, kekangan masa, serta pengaruh stigma dan budaya. Secara tidak langsung, tajuk ini bertujuan mencetuskan kesedaran dan menggalakkan wanita untuk lebih proaktif menjaga kesihatan diri melalui saringan berkala. Gambar Disini |