
TARIKH | 20 JUN 2025 |
MASA | 3.30 ptg- 4.30 ptg |
LOKASI | NADI PASIR AKAR |
PESERTA | 10 |
Tujuan : Memberi pengenalan dan pendedahan kepada peserta tentang NADI dan menggalakkan mereka menyertai program secara percuma setela mendaftar sebagai ahli NADI. Selain itu, bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai ict dan penggunaan internet yang bijak dan berhemah. Juga, untuk memastikah peserta tahu bagaimana untuk menghalang atau berhati-hati dengan penipuan dalam menggunakan internet. | |
Aktiviti : Peserta yang terlibat hadir ke NADI untuk menyertai webinar secara atas talian dengan menggunakan google meet. Tajuk webinar pada hari tersebut adalah MEMAHAMI RISIKO SIBER DALAM PERMAINAN ONLINE ANAK. Peserta mendengar webinar tersebut dengan baik serta mendapat input mengenai keselamatan atas talian. Permainan online semakin digemari oleh kanak-kanak, namun ia datang dengan pelbagai risiko siber yang perlu diambil serius oleh ibu bapa. Antara risikonya termasuklah pendedahan kepada individu tidak dikenali yang boleh membawa kepada buli siber atau eksploitasi, pembelian dalam aplikasi yang tidak terkawal, ketagihan permainan yang menjejaskan kesihatan dan pelajaran, serta pendedahan maklumat peribadi yang boleh disalahgunakan. Selain itu, terdapat juga ancaman perisian berbahaya melalui pautan atau aplikasi palsu. Oleh itu, ibu bapa disarankan untuk memantau aktiviti permainan anak, menetapkan had masa bermain, mengaktifkan kawalan ibu bapa (parental control), dan memberi didikan awal tentang keselamatan siber agar anak dapat menikmati permainan secara selamat dan bertanggungjawab. Gambar Disini |