KISAH KEJAYAAN Q1 2021
Nama | : Hazira binti Saidi |
Umur | : 30 Tahun |
Ahli | : 2013 |
No Tel | : 018-3644469 |
Laman Web | :https://www.facebook.com/nur.hazira.98r |
Latar belakang
Puan Hazira binti Saidi merupakan suri rumah sepenuh masa selepas berkahwin. Beliau mula berjinak-jinak berniaga Nasi Ayam Berempah dengan menyewa kedai kecil milik saudaranya. Kini perniagaan Puan Hazira semakin berkembang dan telah berpindah ke kawasan yang menjadi tumpuan ramai. Beliau sering mempromosikan perniagaannya di kumpulan whatsapp,di laman social facebook dan memuatnaik di status whatsapp. Jumlah pelanggannya kini tidak tertumpu di kawasan sekitarnya sahaja. Harga makanan yang ditawarkan berpatutan dan mampu dibeli oleh pembeli.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan hanya sekitar RM200-500 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Hazira juga sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet Pasir Akar iaitu perkhidmatan Internet,Fotostat,Mencetak dan sebagainya. Beliau kini mula berniaga secara talian dan ini dapat mempromosi produk beliau di luar kawasan sekitar. Pendapatan beliau kini mencecah RM600-RM1000 sebulan