CELIK IT
FAUZIAH BINTI JUSOH
Nama | :Fauziah binti Jusoh |
Umur | : 56 Tahun |
Ahli | : 2014 |
No Tel | : – |
Laman Web | :- |
Latar belakang
Puan Fauziah binti Jusoh merupakan guru Kemas dan pengunjung tetap PIK Kg Pasir Akar sejak Pusat Internet Pasir Akar sejak tahun 2014 berdaftar sebagai ahli. Beliau sering terlibat dengan aktiviti yang diadakan di Pusat Internet. Antara program yang sering diikuti adalah yang Program Hari Terbuka Pusat Internet, Program Jom Sihat dan sebagainya kerana sering berkolabrasi dengan Pusat Internet Komuniti Pasir Akar. Selain itu, Puan Fauziah juga sering ke Pusat internet bagi pengisian secara online data-data sekolah dan sebagainya
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, beliau mencari maklumat terhad kepada sumber, bacaan buku, majalah, bulletin, artikel manual.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet, beliau kini mampu membuka web untuk melayari internet iaitu dengan membuka youtube. Beliau sering memanfaatkan saluran internet dengan menonton tutorial sama ada tutorial masakan,tutorial gubahan dan sebagainya. Beliau juga seorang peserta yang aktif dan gemar menyertai program yang dijalankan di PIK Pasir Akar.