mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q1 2022

 

Nama : Nik Azmaliza binti Abd Ghani
Umur : 44 tahun
Ahli : 2020
No Tel : 010-8087256
Facebook :

https://www.facebook.com/dmia.cosmetic.3

 

Latar belakang

Nik Azmaliza binti Abdul Ghani  merupakan salah seorang pengunjung yang berdaftar sebagai ahli PEDi Pasir Akar pada tahun 2020 selepas menyertai program yang dianjurkan bersama dengan PEDi Pasir Akar. Beliau kini mengorak langkah dengan memulakan perniagaan secara online dan offline. Selain menggunakan medium sosial untuk mempromosikan perniagaan beliau,beliau juga menggunakan platform shoppe dengan memasukkan barangan beliau ke  shoppe serta melalui media social seperti Facebook dan Whatsapp. Nik Azmaliza mula berniaga secara online dalam setahun yang lalu kerana sebelum ini beliau berniaga secara offline. Menurut beliau dengan online beliau boleh mempromosi barangan beliau secara percuma dan lebih mudah. Beliau mengambil langkah unruk memulakan perniagaan ini  menggunakan platform online seperti Facebook dan Whatsapp serta Shoppe sebagai tempat beliau berniaga. Beliau juga berniaga secara offline dengan membuka khemah di pasar tani atau di halaman rumahnya sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

endapatan bulanan hanya sekitar RM200-RM400 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pn. Nik Azmaliza  juga sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi  Pasir Akar iaitu perkhidmatan Internet,Fotostat,Mencetak dan sebagainya. Beliau kini mula berniaga secara talian dan ini dapat mempromosi produk beliau di luar kawasan sekitar. Pendapatan beliau kini mencecah RM 600-RM1000 sebulan