KISAH KEJAYAAN Q2 2018
CELIK IT
ALIFF PUTERA ALMUBARAK BIN MAMAT
Nama | : Aliff Putera Almubarak bin Mamat |
Umur | : 10 tahun |
Ahli | : September 2017 |
No Tel | : – |
: – |
Latar belakang
-
Alif Putera Al-Mubarak merupakan seorang pelajar tahun 4 ,pelajar Sekolah Kebangsaan Pasir Akar dan merupakan pengunjung tetap PI Kg Pasir Akar sejak Pusat Internet Kg pasir Akar sejak berdaftar sebagai ahli.Adik Alif sering mengikuti kelas-kelas yang diadakan di dalam pi1m atau di luar pi1m dengan mengikuti kelas-kelas yang diadakan oleh petugas Antara kelas yang diikuti oleh adik Alif adalah , Asas Microsoft Office 2010 yang meliputi Microsoft Word,Microsoft Excel & Microsoft Power Point.Selain itu, kelas asas adobe photoshop, pengenalan kepada internet & gmail,e-pembelajaran meliputi permainan pendidikan dan aplikasi pembelajaran ,antara laman web yang diikuti untuk e-pembelajaran adalah www.aplusmath.com, www.jigsawplanet.com ,www.uptoten.com dan sebagainya. Kelas Multimedia juga disediakan iaiatu menghasilkan video mudah dengan menggunakan software movie maker.Setelah 1 tahun mengikuti kelas-kelas yang diadakan, adik Alif telah memberi kerjasama dan komitmen dalam mengikuti kelas-kelas yang diadakan oleh petugas.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, beliau mencari maklumat terhad kepada sumber, bacaan buku, majalah, bulletin, artikel atas talian dan sebagainya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Pasir Akar, beliau kini mempunyai asas penggunaan Microsoft Word dan Adobe asas. Beliau sering memanfaatkan saluran internet untuk mencari bahan bacaan dan melengkapkan tugasan dengan mudah dan mendapat lebih banyak informasi baru. Beliau juga seorang peserta yang aktif dan gemar menyertai program yang dijalankan di PI Kg Pasir Akar.