mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q2 2019

Usahawan Online ( Mini Burger)

Nama : Noor Edayu Binti Asri
Umur : 30 Tahun
Ahli : 2 Jun 2019
No Tel : 019-9515066
Laman Web :https://www.facebook.com/senyum.sokmo.311

 

Latar belakang

Noor Edayu binti Asri merupakan salah seorang pengunjung yang berdaftar sebagai ahli Pusat Internet Kg Pasir Akar pada 02 Jun 2019. Beliau kini mengorak langkah dengan memulakan perniagaan secara online dan offline. Selain menggunakan medium sosial untuk mempromosikan produk beliau,beliau juga menggunakan platform yang disediakan oleh Pusat Internet iaitu dengan memasukkan barangan beliau ke dalam My Shop. Noor Edayu binti Asri baru berjinak-jinak dalam perniagaan dan menggunakan platform dashboard (My Shop) dan Whatsapp sebagai tempat beliau berniaga. Beliau juga berniaga secara offline melalui sahabat,kenalan,saudara dan jiran tetangga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau adalah sekitar RM100-RM300 sebulan. Jumlah pelanggan beliau adalah penduduk sekitar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas dan latihan yang disertai beliau di Pusat Internet  Kg Pasir Akar. Beliau kini mula berniaga secara talian dan ini dapat mempromosi prosuk beliau di luar kawasan sekitar. Pendapatan beliau kini mencecah RM600-RM800 sebulan.