mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q2 2019

Latar belakang

 Muhammad Affendi bin Mat Hassan merupakan pengunjung tetap PI Kg Pasir Akar sejak Pusat Internet Kg pasir Akar sejak  tahun 2015 berdaftar sebagai ahli. Muhammad Affendi bin Mat Hassan sering mengikuti kelas-kelas yang diadakan di dalam PI atau di luar PI dengan mengikuti kelas-kelas yang diadakan oleh petugas Antara kelas yang diikuti oleh Muhammad Affendi adalah Asas Microsoft Office 2010 yang meliputi Microsoft Word,Microsoft Excel & Microsoft Power Point.Selain itu, kelas asas adobe photoshop, pengenalan kepada internet & gmail,e-pembelajaran meliputi permainan pendidikan dan aplikasi pembelajaran ,antara laman web yang diikuti untuk e-pembelajaran adalah www.aplusmath.com, www.jigsawplanet.com ,www.uptoten.com,tutorial di youtube dan sebagainya. Kelas Multimedia juga disediakan iaitu menghasilkan video mudah dengan menggunakan software movie maker.Setelah 4 tahun mengikuti kelas-kelas yang diadakan,Affendi  telah memberi kerjasama dan komitmen  dalam mengikuti kelas-kelas yang diadakan oleh petugas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, beliau mencari maklumat terhad kepada sumber, bacaan buku, majalah, bulletin, artikel atas talian dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet, beliau kini mempunyai asas penggunaan Microsoft Word dan Adobe asas. Beliau sering memanfaatkan saluran internet untuk mencari bahan bacaan dan melengkapkan tugasan dengan mudah dan mendapat lebih banyak informasi baru. Beliau juga seorang peserta yang aktif dan gemar menyertai program yang dijalankan di PI Kg Pasir Akar.