KEUSAHAWANAN
1.ABDULLAH BINTI ISMAIL
Usahawan online (Siti Restoran-Masakan Panas)
| Nama | : Abdullah binti Ismail |
| Umur | : 45 tahun |
| Ahli | : 2013 |
| No Tel | : 01110673005 |
| : https://www.facebook.com/siti.abdullah.142 |
Latar belakang
Abdullah bin Ismail merupakan salah seorang pengunjung yang berdaftar sebagai ahli Pusat Internet Pasir Akar pada tahun 2020 selepas menyertai program yang dianjurkan bersama dengan Pusat Internet Pasir Akar. Beliau menjalankan pernigaan restoran secara online dan offline yang dikenali sebagai Siti Restoran. Selain menggunakan medium sosial untuk mempromosikan perniagaan beliau,beliau juga menggunakan platform yang disediakan oleh Pusat Internet iaitu dengan memasukkan barangan beliau ke dalam My Shop dan melalui media social seperti Facebook dan Whatsapp. Abdullah bin Ismail sering berkongsi masakan panas dengan memperkenalkan pesan dan ambil di kedainya. Pengunjung boleh memesan makanan secara atas talian dengan menghantar whatsapp dan mengambil makanan tersebut setelah siap.Abdullah bin Ismail baru berjinak-jinak dalam perniagaan online kerana sebelum ini beliau berniaga secara offline. Menurut beliau dengan online beliau boleh mempromosi barangan beliau secara percuma dan lebih mudah. Beliau mengambil langkah unruk memulakan perniagaan ini menggunakan Facebook dan Whatsapp sebagai tempat beliau berniaga. Beliau juga berniaga secara offline melalui sahabat,kenalan,saudara dan jiran tetangga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau adalah sekitar RM300-RM600 sebulan. Jumlah pelanggan beliau adalah penduduk sekitar dan luar kawasan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Abdullah bin Ismail juga sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet Pasir Akar iaitu perkhidmatan Internet,Fotostat,Mencetak dan sebagainya. Beliau kini mula berniaga secara talian dan ini dapat mempromosi produk beliau di luar kawasan sekitar. Pendapatan beliau kini mencecah RM600-RM2000 sebulan.






