2. ZAINUDDIN BIN MOHD ZAIN
Usahawan Online ( Kedai Runcit Dan Nasi Lemak )
Nama | : Zainuddin Bin Mohd Zain |
Umur | : 57 Tahun |
Ahli | : 26 September 2019 |
No Tel | : 012-6456924 |
Laman Web | :https://www.facebook.com/profile.php?id=100011743892717 |
Latar belakang
Zainuddin bin Mohd Zain merupakan salah seorang pengunjung yang berdaftar sebagai ahli Pusat Internet Pasir Akar pada 24 November 2018 selepas menyertai Program Jom Sihat yang telah diadakan di Pusat Internet Pasir Akar. Beliau kini mengorak langkah dengan memulakan perniagaan secara online dan offline. Selain menggunakan medium sosial untuk mempromosikan perniagaan beliau,beliau juga menggunakan platform yang disediakan oleh Pusat Internet iaitu dengan memasukkan barangan beliau ke dalam My Shop. Zainuddin bin Mohd Zain baru berjinak-jinak dalam perniagaan selepas pencen dan mempunyai masa terluang yang banyak dan mengambil langkah unruk memulakan perniagaan ini menggunakan platform dashboard (My Shop) dan Whatsapp sebagai tempat beliau berniaga. Beliau juga berniaga secara offline melalui sahabat,kenalan,saudara dan jiran tetangga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau adalah sekitar RM100-RM300 sebulan. Jumlah pelanggan beliau adalah penduduk sekitar.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Zainuddin bin Mohd Zain juga sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet Pasir Akar iaitu perkhidmatan Internet,Fotostat,Mencetak dan sebagainya. Beliau kini mula berniaga secara talian dan ini dapat mempromosi produk beliau di luar kawasan sekitar. Pendapatan beliau kini mencecah RM600-RM800 sebulan.