mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q4 2018

Menjalankan perniagaan perkhidmatan Homestay, Kanopi, Sewaan Van, dan Kedai Runcit

Nama : Zainol Zurian Bin Bahruddin
Umur : 42 tahun
Ahli :  2018
No Tel : 019-2852966
Facebook :https://www.facebook.com/koperasi.tenagamuda


Latar belakang

En. Zainol Zurian bin Bahruddin merupakan pengunjung Pusat Internet Pasir Akar dan telah menjadi ahli Pusat Internet Pasir Akar pada tahun 2018. Beliau merupakan seorang pengurus Koperasi Tenaga Muda Hulu Besut Berhad (KOPTEM) dan menyelia aktiviti koperasi. Pada awal penubuhan koperasi,tujuan utama adalah bagi memohon tender membersih kawasan di Hulu Besut. Namun kini, koperasi telah melebarkan sayap perniagaan dengan menambahkan perniagaan iaitu dengan menyediakan sewaan kanapi,homestay, sewaan van dan kedai runcit. Dengan menggunakan laman web seperti facebook, beliau mengiklankan sewaan kanopi,sewaan homestay dan sewaan van kepada komuniti sekitar dan luar kawasan. Harga yang ditawarkan juga lebih berpatutan dengan yang lain..Beliau menggunakan platform media social seperti Whatsapp sebagai tempat beliau berniaga.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan hanya sekitar RM 500.00-RM700.00 sahaja sebulan. Jumlah produk/pelanggan bulanan adalah disekitar komuniti sahaja

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui hebahan serta promosi,beliau mempunyai pelanggan di luar sekitar kampunnya dengan mengiklankan produk beliau ke dalam serta di dalam media social iaitu facebook. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000-RM4000.