KEUSAHAWANAN
1. NOR AZIAN BINTI NOORDIN
Usahawan online (ALMOND TIME,ROYAL POPIA SATAR&ROYAL SATAR GORENG FROZEN)
Nama | :Nor Azian Binti Noordin |
Umur | : 30 tahun |
Ahli | : 17 Mac 2017 |
No Tel | : 018-5744877 |
:https://www.facebook.com/norazian.yan |
Latar belakang
Latar belakang
Nor Azian binti Noordin merupakan salah seorang pengunjung yang berdaftar sebagai ahli Pusat Internet Pasir Akar pada tahun 2017 selepas menyertai program yang dianjurkan bersama dengan Pusat Internet Pasir Akar. Beliau kini mengorak langkah dengan memulakan perniagaan secara online dan offline. Selain menggunakan medium sosial untuk mempromosikan perniagaan beliau,beliau juga menggunakan platform yang disediakan oleh Pusat Internet iaitu dengan memasukkan barangan beliau ke dalam My Shop dan melalui media social seperti Facebook dan Whatsapp. Nor Azian binti Noordin baru berjinak-jinak dalam perniagaan selepas berhenti kerja dan mempunyai masa terluang yang banyak dan mengambil langkah unruk memulakan perniagaan ini menggunakan platform dashboard (My Shop), Facebook dan Whatsapp sebagai tempat beliau berniaga. Beliau juga berniaga secara offline melalui sahabat,kenalan,saudara dan jiran tetangga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau adalah sekitar RM100-RM300 sebulan. Jumlah pelanggan beliau adalah penduduk sekitar.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Nor Azian binti Noordin juga sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet Pasir Akar iaitu perkhidmatan Internet,Fotostat,Mencetak dan sebagainya. Beliau kini mula berniaga secara talian dan ini dapat mempromosi produk beliau di luar kawasan sekitar. Pendapatan beliau kini mencecah RM600-RM1000 sebulan.