mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q4 2020

Latar belakang

Siti Nuranita binti Mohamad merupakan pengunjung tetap PIK Pasir Akar sejak Pusat Internet Pasir Akar sejak  tahun 2018 berdaftar sebagai ahli. Siti Nuranita mula mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan atau yang diadakan di Pusat Interne Komuniti. Selain itu, antara kelas yang diikuti oleh Siti Nuranita adalah yang meliputi kelas e-pembelajaran iaitu seperti tutorial melalui youtube,perniagaan atas talian sepeti melalui aplikasi shopee dan sebgainya..

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, beliau mencari maklumat terhad kepada sumber, bacaan buku, majalah, bulletin, artikel manual.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet, beliau kini mampu membuka web untuk melayari internet iaitu dengan membuka youtube. Beliau sering memanfaatkan saluran internet dengan menonton tutorial masakan atau tutorial pembuatan barangan atau produk dan beliau juga berjinak-jinak mengikuti kelas shoppe yang diadakan pusat internet,walaupun tiada jualan. Beliau juga seorang peserta yang aktif dan gemar menyertai program yang dijalankan di PIK  Pasir Akar.