Laporan Aktiviti
LAPORAN AKTIVITI NOVEMBER-PROGRAM ‘JOM SIHAT BERSAMA PUSAT INTERNET PASIR AKAR’-24 NOVEMBER 2018
2 December 2018

Tarikh |
24 NOVEMBER 2018
|
Masa |
: 8.30 AM-2.00 PM |
Lokasi |
: PUSAT INTERNET PASIR AKAR |
Peserta |
: 112 ORANG |
Tujuan |
Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk mempromosi salah satu kemudahan yang telah disediakan di Pusat Internet iaitu Myhealth v2 selain daripada kemudahan IT seperti mencetak, fotostat dan sebagainya serta perkhidmatan terbaru iaitu Pos Malaysia yang akan beroperasi tidak lama lagi. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk setempat dengan Pusat Internet Pasir Akar. |
|
|
Aktiviti |
Program dimulakan dengan sesi pendaftaran pengunjung. Seterusnya taklimat ringkas oleh pengerusi program berkaitan program yang dijalankan kepada peserta yang hadir. Pemeriksaan kesihatan dimulakan dengan mengambil maklumat – maklumat penting seperti bacaan tekanan darah, ukur lilit pinggang, bacaan berat badan, tinggi peserta dan seterusnya bacaan glukos dalam darah. Program ini juga diselit dengan aktiviti yang menarik iaitu pertandingan mendeko makanan sihat,pancing botol, mewarna poster makanan sihat, memberus gigi beramai-ramai dan penyamapaian ceramah yang agak menarik disampaikan oleh Dr.Mohd Afiq bin Aziz. Program ini turut dijayakan dengan kerjasama dari Klinik Kesihatan Pasir Akar,Klinik Pergigian Pasir Akar serta Tabika Kemas sekitar Pusat Internet Pasir Akar. |
Gambar Disini
|