mcmc
Laporan Aktiviti

MAC 2025:WEBINAR SAFE & SHIELD : PENGANTUNAN DALAM TALIAN-15 MAC 2025

TARIKH15 MAC 2025
MASA10:00 pagi- 11.00 pagi
LOKASINADI PASIR AKAR
PESERTA2
Tujuan :
Memberi pengenalan dan pendedahan kepada peserta tentang NADI dan menggalakkan mereka menyertai program secara percuma setela mendaftar sebagai ahli NADI. Selain itu, bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai ict dan penggunaan internet yang bijak dan berhemah. Juga, untuk memastikah peserta tahu bagaimana untuk menghalang atau berhati-hati dengan penipuan dalam menggunakan internet.
Aktiviti :
Peserta yang terlibat hadir ke NADI untuk menyertai webinar secara atas talian dengan menggunakan google meet. Tajuk webinar pada hari tersebut adalah “NADI-SAFE & SHIELD: Pengantunan Dalam Talian. Pengantunan kanak-kanak mahupun dewassa dalam talian adalah suatu proses di mana pelaku akan cuba berkawan dengan mangsa dan membina kepercayaan mangsa melalui platform dalam talian sebelum mengeksploitasi mangsa untuk seksual atau kewangan. Peserta mendengar webinar tersebut dengan baik serta mendapat input mengenai keselamatan atas talian. Bengkel ini merupakan bengkel kesedaran tentang keselamatan dalam menggunakan media sosial. Kelas ini telah diadakan secara langsung melalui aplikasi google meet. Bengkel ini mengajar dan menerangkan bagaimana kita menggunakan internet secara berhemah dan mengelakkan diri daripada terjebak dalam penipuan internet.

Gambar Disini