
| TARIKH | 5 MAC 2026 |
| MASA | 2.00 PM -3.30 PM |
| LOKASI | NADI PASIR AKAR |
| PESERTA | 2 |
| Tujuan : Memberi pengenalan dan pendedahan kepada peserta tentang NADI dan menggalakkan mereka menyertai program secara percuma setelah mendaftar sebagai ahli NADI. Selain itu, bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai ict dan penggunaan internet yang bijak dan berhemah. Juga, untuk memastikah peserta tahu bagaimana untuk menghalang atau berhati-hati dengan penipuan dalam menggunakan internet. | |
| Aktiviti : Peserta yang terlibat hadir ke NADI untuk menonton webinar tentang keselamatan siber bertajuk “LIVE WEBINAR BAHAYA SERANGAN MALWARE“. Bahaya Serangan Malware ialah ancaman serius kepada komputer, peranti dan rangkaian kerana malware (perisian hasad) direka untuk merosakkan sistem, mencuri maklumat atau mengganggu operasi. Kesan serangan malware termasuk pendedahan data peribadi atau kewangan, kerosakan fail atau sistem, kelembapan prestasi komputer, dan kemungkinan kehilangan wang akibat penipuan dalam talian. Selain itu, malware boleh digunakan untuk mengambil alih peranti bagi tujuan jahat seperti serangan siber berskala besar, penyebaran virus atau mengintip aktiviti pengguna. Oleh itu, memahami bahaya ini dan mengambil langkah pencegahan seperti memasang antivirus, mengemas kini sistem, dan mengelak pautan atau lampiran mencurigakan adalah sangat penting untuk keselamatan digital. Gambar Disini |