mcmc
Jadual Latihan & Aktiviti

MAKLUMAT PUSAT INTERNET

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bertindak merapatkan jurang digital di kalangan rakyat Malaysia melalui pendedahan teknologi IT dan pemberian perkhidmatan jalur lebar di kawasan luar bandar bagi membolehkan seluruh komuniti mengakses atau melayari internet dengan kelajuan tinggi, dalam usaha mendapatkan maklumat setempat mahupun global selaras dengan usaha kerajaan membangunkan Malaysia sebagai negara yang berdaya saing meningkatkan taraf ekonomi dan sosial, serta melahirkan masyarakat Malaysia berilmu pengetahuan.

NADI adalah satu pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Dengan adanya NADI ini diharapkan komuniti terdedah dengan segala maklumat dalam merentas era teknologi ICT. Projek NADI ini adalah inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta TM Berhad.

Di NADI Pasir Akar disediakan pelbagai perkhidmatan seperti internet, fotostat, printing, laminating, binding, scanning, typing, dan lain-lain.  Selain itu, bagi yang telah mendaftar sebagai ahli PI1M, mereka akan mendapat kelebihan seperti kelas asas komputer, internet, dan lain-lain kelas berkaitan IT secara percuma.

NADI diuruskan oleh dua orang petugas :
1.  Pengurus – SITI ZALEHA BINTI MAT TAHAR
2. Penolong Pengurus – ‘ATIAH BINTI HAMDAN