
| TARIKH | 15 NOVEMBER 2025 |
| MASA | 10.00 AM – 11.00 AM |
| LOKASI | NADI PASIR AKAR |
| PESERTA | 10 |
| Tujuan : Memberi pengenalan dan pendedahan kepada peserta tentang NADI dan menggalakkan mereka menyertai program secara percuma setela mendaftar sebagai ahli NADI. Selain itu, bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai ict dan penggunaan internet yang bijak dan berhemah. Juga, untuk memastikah peserta tahu bagaimana untuk menghalang atau berhati-hati dengan penipuan dalam menggunakan internet. | |
| Aktiviti : Peserta yang terlibat hadir ke NADI untuk menyertai webinar secara atas talian dengan menggunakan google meet. Tajuk webinar pada hari tersebut adalah KEMPEN INTERNET SELAMAT. JEJAK DIGITAL. Kempen Internet Selamat – Jejak Digital bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna, khususnya remaja dan pelajar, tentang kepentingan menjaga jejak digital ketika menggunakan internet. Program ini menekankan bagaimana setiap tindakan seperti memuat naik gambar, komen, carian dan perkongsian maklumat akan meninggalkan rekod yang boleh menjejaskan keselamatan, privasi dan reputasi. Peserta akan mempelajari cara mengurus kata laluan, mengenal pasti risiko penipuan siber, menetapkan privasi akaun, serta mengamalkan etika ketika berinteraksi di alam maya. Kempen ini menggalakkan semua pengguna menjadi lebih bijak, berwaspada dan bertanggungjawab ketika berada dalam talian. Gambar Disini |