
| TARIKH | 3 OKTOBER 2025 |
| MASA | 10.30 pg |
| LOKASI | NADI PASIR AKAR |
| PESERTA | 1 |
| Tujuan : Program NADI X Wellbeing adalah TERBUKA kepada semua individu yang ingin meningkatkan kualiti hidup mereka. Dengan menjadi ahli NADI Pasir Akar, anda akan mendapat akses kepada pelbagai program kesihatan yang disediakan serta sokongan komuniti yang sedia membantu. Antara program yang disediakan adalah saringan kesihatan seperti pemerikasaan tekanan darah, pemerikasaan kadar glukos dan BMI dan juga webinar kesedaran,Podcast,Exercise dan Short Tips. | |
| Aktiviti : Antara langkah untuk meningkatkan kesedaran komuniti dalam meningkatkan kualiti hidup adalah dengan mengadakan webinar kesedaran, Podcast,Exercise dan Short Tips. semua ini boleh diakses melalui platform Media Sosial rasmi youtube studio sihat https://www.youtube.com/@StudioSihat . Webinar kali ini bertajuk DARAH TINGGI MELETUP DALAM OTAK! KENALI DAN TINDAKAN PANTAS SELAMATKAN NYAWA! Tekanan darah tinggi yang tidak dikawal boleh menyebabkan salur darah dalam otak pecah dan mengakibatkan pendarahan otak atau strok berdarah. Keadaan ini berlaku secara tiba-tiba dan boleh membawa maut jika tidak dirawat segera. Antara tanda amaran awal ialah sakit kepala yang kuat, kebas pada sebelah badan, penglihatan kabur, pertuturan tidak jelas dan kehilangan keseimbangan. Jika tanda-tanda ini muncul, segera hubungi 999 atau bawa pesakit ke hospital kerana setiap minit amat penting untuk menyelamatkan nyawa. Bagi mengelak risiko ini, kawal tekanan darah dengan pemeriksaan berkala, kurangkan pengambilan garam, berhenti merokok, bersenam dan ambil ubat seperti diarahkan doktor. Ingat, darah tinggi tidak menunjukkan simptom awal, tetapi boleh membunuh secara senyap jika diabaikan. Gambar Disini |