
| TARIKH | 14 OKTOBER 2025 |
| MASA | 10.30 pg |
| LOKASI | NADI PASIR AKAR |
| PESERTA | 1 |
| Tujuan : Program NADI X Wellbeing adalah TERBUKA kepada semua individu yang ingin meningkatkan kualiti hidup mereka. Dengan menjadi ahli NADI Pasir Akar, anda akan mendapat akses kepada pelbagai program kesihatan yang disediakan serta sokongan komuniti yang sedia membantu. Antara program yang disediakan adalah saringan kesihatan seperti pemerikasaan tekanan darah, pemerikasaan kadar glukos dan BMI dan juga webinar kesedaran,Podcast,Exercise dan Short Tips. | |
| Aktiviti : Antara langkah untuk meningkatkan kesedaran komuniti dalam meningkatkan kualiti hidup adalah dengan mengadakan webinar kesedaran, Podcast,Exercise dan Short Tips. semua ini boleh diakses melalui platform Media Sosial rasmi youtube studio sihat https://www.youtube.com/@StudioSihat . Webinar kali ini bertajuk EPILEPSI BOLEH SEMBUH? SAMPAI BILA PERLU MAKAN UBAT? Epilepsi boleh dikawal dan dalam banyak kes boleh sembuh sepenuhnya, bergantung kepada punca dan jenisnya. Sekitar 60–70% pesakit yang mengambil ubat secara teratur boleh bebas sawan selepas beberapa tahun. Jika seseorang tidak mengalami sawan selama dua hingga lima tahun, doktor mungkin akan menghentikan ubat secara berperingkat. Namun, ada juga pesakit yang perlu terus mengambil ubat seumur hidup, terutama jika epilepsi berpunca daripada kecederaan otak, jangkitan, atau masalah struktur otak. Penting untuk tidak berhenti ubat tanpa nasihat doktor kerana boleh menyebabkan sawan berulang. Pengambilan ubat secara konsisten, tidur yang cukup, dan pengurusan stres amat penting untuk mengawal penyakit ini. Gambar Disini |