
| TARIKH | 1 OGOS SEPTEMBER 2025 |
| MASA | 3.00 PM |
| LOKASI | NADI PASIR AKAR |
| PESERTA | 3 |
| Tujuan : Memberi pengenalan dan pendedahan kepada peserta tentang NADI dan menggalakkan mereka menyertai program secara percuma setela mendaftar sebagai ahli NADI. Selain itu, bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai ict dan penggunaan internet yang bijak dan berhemah. Juga, untuk memastikah peserta tahu bagaimana untuk menghalang atau berhati-hati dengan penipuan dalam menggunakan internet. | |
| Aktiviti : Peserta yang terlibat hadir ke NADI untuk menyertai webinar secara atas talian dengan menggunakan google meet. Tajuk webinar pada hari tersebut adalah KEMPEN INTERNET SELAMAT( BULI SIBER) . Kempen Internet Selamat – Buli Siber Buli siber ialah perbuatan menghina, mengugut, menyebar fitnah atau memalukan seseorang melalui internet, media sosial atau aplikasi mesej. Tindakan ini boleh memberi kesan emosi dan psikologi yang serius kepada mangsa seperti kemurungan, rasa rendah diri dan tekanan perasaan. Setiap pengguna internet perlu bijak, beretika dan menghormati orang lain ketika berkomunikasi di alam maya. Jangan mudah terpengaruh untuk menyebarkan mesej kebencian atau maklumat palsu, sebaliknya gunakan internet untuk tujuan positif seperti pembelajaran, hiburan sihat dan mengeratkan silaturahim. Ingat, jejak digital kita kekal selamanya, maka berhati-hatilah sebelum menaip atau berkongsi sesuatu. Katakan tidak kepada buli siber demi mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat, beradab dan harmoni. Gambar Disini |